29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta “drive in theatre” yang pertama di Malaysia tidak beberapa lama lagi.

Walaupun Kerajaan Malaysia telah membenarkan pawagam-pawagam dibuka bermula pada 1 julai 2020 lepas, masih terdapat S.O.P yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia antaranya tidak boleh membawa kanak-kanak dan duduk jarak diantara kerusi amatlah tidaklah digemari oleh segelintir kaki wayang.

Dengan adanya konsep ini, kaki-kaki wayang boleh menonton bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pengalaman yang baru dan menyeronokkan. Konsep ini telah kali pertama dipopularkan pada tahun 1933 di Amerika Syarikat. Thailand adalah negara asia tenggara pertama yang telah memperkenalkan konsep ini dan ianya mendapat sambutan yang baik disana.

Buat masa ini, Syarikat M-Junction masih lagi tidak memberitahu dimanakah lokasi dan filem yang bakal ditayangkan nanti. Sebarang maklumat lanjut anda boleh menghantar email ke https://mjunction.my/untuk senarai menunggu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.