PBB Berazam Pertahan Kesemua 14 Kerusi Parlimen Pada PRU-13 - pakdin.my

sarawak_mapKUCHING — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berazam mempertahankan kesemua 14 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 akan datang mahu semua anggota dan pemimpin parti mengetepikan permasalahan dalam parti.

Penolong Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Pilihan Raya PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan PBB meraih kemenangan besar agar masa depan rakyat terjamin.

“Tiada alternatif lain selain daripada berkerja keras untuk rakyat bukan sahaja pada masa pilihan raya tetapi setiap masa,” kata Awang Tengah yang juga Menteri Utiliti Awam Sarawak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bagi memperkemaskan persediaan untuk pilihan raya, terutamanya pengaktifan semula bilik gerakan operasi ibu pejabat PBB di sini Khamis.

Katanya PBB akan mengemas kini maklumat seperti jumlah dan status pengundi di kawasan daerah mengundi ketika ini

PBB juga telah membincangkan banyak isu dan program selain masyarakat setempat, yang melibatkan semua cawangan, cabang Pemuda dan Wanita, katanya.

UTAMABERITAPBB Berazam Pertahan Kesemua 14 Kerusi Parlimen Pada PRU-13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium