PBB Yakin Sapu Bersih Semua 14 Kerusi Parlimen Yang Diperuntukkan Pada PRU13

ABG-JOHARIKUCHING: Parti Pe­saka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yakin menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Keyakinan tersebut din­yatakan oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ketika ditemui pem­berita selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako di sini semalam.

Menurut Abang Johari, kesemua jentera pilihan raya telah diarah bersiap sedia menghadapi PRU13 bagi memastikan kesemua kerusi yang diperuntukkan kepada PBB dipertahankan daripada pencabar.

“Mesyuarat hari ini (se­malam) adalah mengenai kawasan-kawasan Parlimen PBB yang akan dipertand­ingkan serta persiapan un­tuk Pilihan Raya Umum,” katanya ringkas sambil menambah maklumat lan­jut akan dinyatakan pada taklimat malam ini (malam tadi).

Mesyuarat itu, semalam dipengerusikan oleh Presi­den PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga merupakan pengerusi BN Negeri dan Ketua Menteri Sarawak.

Ditanya mengenai ke­mungkinan kesemua pen­yandang dikekalkan pada PRU13, Abang Johari ber­kata pengesahan akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan pengerusi BN Pusat.

“Kita tunggu pengu­muman oleh Perdana Menteri… saya tidak tahu dan tidak boleh memberi­kan sebarang kenyataan berhubung perkara ini seh­ingga diputuskan oleh Per­dana Menteri,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari turut menafikan berlaku masalah di kerusi Parlimen Batang Lupar yang disi­fatkan oleh beliau sebagai masalah kecil yang tidak perlu dirisaukan.

Pada PRU12, tahun 2008, PBB menang di kesemua 14 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu.

Antara kerusi-kerusi tersebut adalah Batang Sa­dong, Betong, Santubong, Kota Samarahan, Batang Lupar, Mukah dan Lim­bang.

Kerusi-kerusi lain ter­masuk Petra Jaya, Mam­bong, Tanjung Manis, Sibuti Lawas, Igan dan Kapit.

Comments (No)

Leave a Reply