PBS Terus Bersatu Di Bawah Kerajaan BN – Pairin - pakdin.my

TAMBUNAN — Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan pucuk pimpinan parti itu kekal bersatu di bawah perjuangan bersama Barisan Nasional (BN).

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata parti itu percaya hanya BN yang terus memperjuangkan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa meminggirkan parti komponen lain.

“Bagi pucuk pimpinan PBS, kita ingin tekankan perjalanan perjuangan berterusan harus dalam kerajaan BN. Ini yang ingin kita bawa kepada penduduk di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian mesyuarat Agung PBS Bahagian Tambunan di Tambunan Resort and Country Club di sini Sabtu.

Pairin yang Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata penduduk Sabah, khususnya di daerah Tambunan harus terus menyokong dan yakin dengan program dan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang giat mentransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).

UTAMABERITAPBS Terus Bersatu Di Bawah Kerajaan BN - Pairin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium