30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

PCM Buat Laporan SPRM Terhadap Tuntutan Caj Rawatan Md Sabu (video)

GEORGE TOWN, 29 Ogos  — Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuntutan caj rawatan hospital timbalan presiden PAS Mohamad Sabu daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).

Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan berkata siasatan itu perlu dilakukan oleh SPRM kerana terdapat keraguan dalam tuntutan bayaran kos perubatan yang dilaporkan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor itu adalah sebanyak RM5,060.54 sahaja.

Katanya, selain itu tindakan Mohamad didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah perbadanan itu apabila membuat tuntutan berkenaan.

“Mat Sabu sebagai seorang bekas Ahli Parlimen layak untuk menerima rawatan kelas pertama di wad hospital kerajaan dan beliau telah membazir wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di sini hari ini.

Beliau berkata PCM berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap semua keraguan, kelayakan, cara tuntutan termasuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP kerana meluluskan tuntutan itu.

Huan berkata Mat Sabu didakwa menerima rawatan dari hospital swasta berkenaan akibat kecederaan ketika terlibat dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas dan tiada kaitan langsung ketika menjalankan tugas untuk PBAPP.

Mohamad dilaporkan telah menerima bayaran balik perbelanjaan perubatan daripada PBAPP baru-baru ini.

Baru-baru ini Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican mendedahkan mengenai tuntutan kos rawatan Mohamad yang didakwa sebagai menyalahguna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah PBAPP dengan membuat tuntutan perubatan akibat kecederaan semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Julai lepas.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan