PDRM melanggar peruntukan undang-undang AMLA semasa lakukan rampasan di Pavillion - pakdin.my

#UndangUndangRimba #RuleOfLaw #KERAjaanTomato #PoliceState #MahaFiraun #FaktaBukanAuta

Baru-baru ini, negara telah dikejutkan dengan tindakan di luar dugaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membuat serbuan dan rampasan di beberapa premis kediaman yang dikatakan ada kaitan 1MDB dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak.

Serbuan tersebut melibatkan rampasan ke atas pelbagai jenis barang termasuk barang kemas dan wang tunai. Pihak PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah menyebut bahawa tindakan tersebut adalah merujuk kepada siasatan yang sedang di jalankan mengenai 1MDB. Sayangnya, tindakan itu agak keterlaluan kerana ianya berlaku sebaik sahaja solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan baru sahaja selesai.

Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan tersebut menurut peruntukkan undang-undang tidak menyebut bahawa ianya tidak boleh di lakukan di dalam bulan Ramadan tetapi ianya menimbulkan perspektif yang amat negatif di kalangan umat Islam di Negara ini. Setidak-tidaknya biarlah ianya di lakukan dengan penuh tertib terutama sekali menghormati bekas Perdana Menteri itu yang baru sahaja menunaikan solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan pada lebih kurang jam 10.15 malam 2018.

Menurut sumber, serbuan dan pemeriksaan yang melibatkan rampasan barangan berlansung selama 2 malam dan 2 hari. Mungkin maklumat yang diterima oleh pihak Jabatan Komersil Bukit Aman begitu penting dan ianya harus dilakukan tanpa sebarang halangan dan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib adalah saspek yang melakukan jenayah amat besar sekali ?

Pada hemat Geliga Naga, adab dan susila juga penting ketika menjalankan tugas, tambahan pula saspek yang terlibat adalah bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib. Saspek ini jugalah yang memelihara kebajikan PDRM setiap tahun di dalam persediaan Bajet Tahunan PDRM.

Rampasan yang di lakukan oleh pihak Jabatan Komersil Bukit Aman melibatkan premis kediaman bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib di Taman Duta dan tiga premis lain yang di kaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu di Pavillion Resident. Sekali lagi menurut sumber, proses rampasan barang kes yang berlaku di Pavillion Resident tidak di lakukan dengan teliti dan tidak menurut peruntukkan undang-undang. Ianya di buat tanpa pemilik premis tersebut sebagai saksi tindakan penyitaan berkenaan.

Pihak-pihak yang membuat penyitaan seharusnya memanggil bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk menyaksikan proses sitaan yang berlaku di 3 unit kediaman di Pavillion Resident, yang dikatakan oleh pihak Polis, ianya ada kaitan dengan Dato Seri Najib Razak. Sedangkan Dato Seri Najib Razak boleh di bawa dari Taman Duta ke Pavillion Residence untuk menyaksikan proses sitaan itu, sebagaimana kehendak peruntukkan undang-undang AMLA 2001 (Akta 613) tetapi ianya tidak dilakukan. Soalnya kenapa?

Setiap barang yang di sita hendak di perlihatkan kepada saspek (orang disyaki) bagi mengelakkan sebarang tomahan. Setiap barang yang di sita pula hendaklah di catitkan di dalam “Borang Bongkaran” dan kemudian di tanda tangani oleh pegawai serbuan serta saspek . Adakah ianya berlansung sebagaimana yang disebutkan di atas? Bagaimana Dato Seri Najib mengetahui jumlah sebenar barang yang di rampas sedangkan beliau tidak berada di situ.

Adakah barang yang di rampas tersebut di masukkan kesemuanya ke dalam senarai barang rampasan (Borang Bongkaran)? Bagaimana pula jika terdapat barang yang “diketepikan” dengan niat untuk mengambil barang tersebut?. Sedangkan sebagaimana sedia maklum, makanan (coklat) yang di dalam peti sejuk di katakan menjadi habuan kepada pihak-pihak yang membuat serbuan dan benarkah pihak yang membuat serbuan mengarahkan pembantu rumah yang berada di situ untuk memasak sesuatu kepada mereka? Inilah akibatnya jika proses tersebut tidak dilakukan dengan teliti dan mematuhi peruntukkan undang-undang. Tomahan demi tomahan boleh dilemparkan kepada pihak PDRM.

Geliga Naga akan membongkar kejadian seterusnya pada Bahagian: 2

Sumber: Geliga Naga

UTAMABERITAPDRM melanggar peruntukan undang-undang AMLA semasa lakukan rampasan di Pavillion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium