28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

PDRM Nafi Insiden Tembak – Meembak Libatkan Anggota Polis

PDRM-latihan-tebusan-kl-sentral

Polis hari ini menafikan kejadian tembakan yang dikatakan berlaku ke atas beberapa individu berpakaian seragam polis seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi ‘WhatsApp’.

Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), gambar berkenaan diambil ketika latihan tebusan di KL Sentral.

“PDRM menafikan sekeras-kerasnya kejadian ‘tembakan’ itu. Ia (penyebaran) dilihat cuba menimbulkan rasa ketakutan dalam kalangan orang ramai,” menurut laman itu.

Gambar yang tersebar itu menunjukkan beberapa individu memakai seragam polis dan tiga individu terbaring di atas lantai dengan beberapa kesan darah, kononnya selepas berlaku insiden serangan dan tembak-menembak di sekitar daerah Serdang.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan berkenaan kerana diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu, menurut laman itu.

Berita Berkaitan

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...