25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

PDRM – Part 2 Video Perhimpunan Haram 9 Julai Menjawab Tohmahan Pembangkang

Rakaman video yang ditayang oleh polis kepada wartawan, beberapa NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis juga menunjukkan tiada kekerasan yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang antaranya pengerusi perhimpunan haram itu, S. Ambiga, Mat Sabu, Nurul Izzah, Datuk Hj Hadi Awang Hadi dan Tian Chua.

Ketika menayangkan video tersebut, memang tidak terdapat kekerasan dilakukan ke atas kesemua mereka yang telah melakukan provokasi terhadap polis antaranya babak di mana Ambiga kelihatan tenang dan duduk dalam keadaan selesa sambil sempat minum air ketika ditahan polis di KL Sentral.

Ada juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi Awang di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Dalam video tersebut juga menggambarkan tindakan provokasi yang dimulakan dahulu oleh Tian Chua dengan menyerang Light Strike Force (ISF) sebelum memaksa polis menyemburkan gas pemedih mata kepada beliau dan sekumpulan penyokong di KL Sentral.

“Kalau kita lihat polis tidak memulakan apa-apa. Kita menggunakan Standard Operation Procedure (SOP) kita sebelum tindakan diambil. Kita beri amaran sehingga sembilan kali dan mereka masih berdegil meneruskan perhimpunan, itu yang memaksa kita semburkan gas pemedih mata,” kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid dalam taklimatnya semasa tayangan itu.

Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta menunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

“Mereka juga tidak digari…Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga…Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makanan dan minuman, tempat bersolat dan berwuduk,” katanya.

Salleh berkata di Pulapol juga, terdapat pegawai perubatan di sediakan dengan katil yang selesa untuk rawatan dan terdapat juga pemeriksaan kesihatan.

Katanya, tidak cukup dengan itu, demi menjaga keselamatan tahanan juga polis menyediakan bas untuk menghantar kesemua tahanan itu pulang ke lokasi yang memudahkan mereka menggunakan pengangkutan awam.

Video itu turut menayangkan perusuh yang melakukan provokasi terlebih dahulu sehingga memaksa polis bertindak menyemburkan gas pemedih mata.

 Antara babak tersebut adalah di mana perusuh terlebih dahulu menyerang, memanjat kereta polis serta dan membaling objek seperti botol dan membaling semula gas ke arah polis serta menolak pegawai kanan polis.

Dalam video itu turut menayangkan tindakan polis menyembur gas pemedih mata di lorong berdekatan Hospital Tung Shien yang dijadikan isu sesetengah pihak.

“Kita akui kita ada sembur gas pemedih mata berdekatan hospital tersebut.. tapi semburan itu adalah di luar hospital terbabit. Ini kerana ada perusuh di situ.

“Namun kita masih lagi menyiasat kes ini. Jika hasil siasatan kita mendapati terdapat kesalahan atau perlanggaran tatacara tugasan oleh pihak kita, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Salleh berkata kesimpulan yang boleh dibuat badan penguatkuasa itu adalah PDRM bertindak secara profesional dengan mengikut SOP, dapat menenangkan keadaan dalam masa tiga jam, tiada kematian mahupun kerosakan harta benda berlaku dan walaupun apa pun tohmahan yang dilemparkan, ia tidak melunturkan semangat PDRM.

 “Langkah-langkah awal kita juga dapat mengekang jumlah peserta perhimpunan haram itu. Tidak sampai 300,000 yang hadir, tetapi tidak lebih daripada 10,000 orang pada perhimpunan haram itu,” katanya.

Sementara itu Presiden Pengguna Islam Malasyia (PPIM) Datuk Ma’mor Osman yang turut hadir pada penayangan video itu berkata polis telah membuktikan bahawa ia telah melakukan tugas dengan baik, iaitu menjaga ketenteraman awam dan tidak bertindak keras dengan perusuh.

“Namun, saya harap selepas ini, polis akan adakan lagi sidang media dan penayangan video lagi. Saya difahamkan bahawa ada lagi bahagian yang belum ditunjukkan polis.

“Apa yang ditayangkan hari ini adalah apa yang polis ada setakat ini…Ini penting bagi memuaskan hati semua pihak. Polis juga perlu mengambil video -video yang diambil di dalam laman-laman blog untuk dibuat perbandingan,”

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan