PDRM siasat gesaan halau Cina dan India - pakdin.my

Polis Sudah Lengkap Siasatan Kes Video Seks
Datuk Seri Khalid Abu Bakar

Polis sedang menyiasat penyebaran gesaan perhimpunan mendesak kerajaan menghalau kaum Cina dan India susulan baner dan gambar yang tersebar di media sosial demi melaksanakan hukuman Hudud.

“Kita sudah mulakan siasatan.

“Setakat ini persatuan itu menafikan bahawa mereka mengeluarkan baner itu,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas wawancara khas sempena Hari Polis Ke-208 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jumaat.

Menurut Khalid, tiga logo dengan nama Pertubuhan Kebajikan Gabungan Melayu Islam Malaysia tertera pada baner itu..

“Mereka mendakwa baner tersebut dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba untuk merosakkan nama persatuan…apa pun kita sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam di Kelantan apabila dilaksanakan kelak.

Inisiatif itu bagaimanapun menerima tentangan terutama sekutu parti PAS dalam pakatan pembangkang yakni PKR yang berputar belit untuk menyokong atau pun tidak manakala DAP tegas membantah pelaksanaan Hudud.

UTAMABERITAPDRM siasat gesaan halau Cina dan India

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium