Pegawai Polis Beri Ceramah Anti-Murtad Tidak Lakukan Kesalahan - pakdin.my

Sekarang ini, seorang muslim di Malaysia mahu bercakap mengenai agamanya pun di pertikai. Akibat daripada ada sebilangan kalangan muslim yang sanggup bersekongkol mempertahankan tindakan mereka.

kpn-khalid-abu-bakar

Tindakan seorang pegawai polis menyampaikan ceramah di seminar anti-murtad di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu tidak melanggar sebarang undang-undang termasuk dalam tugasnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, pegawai polis dari Cawangan Khas Bukit Aman berkenaan telah dijemput sebagai penceramah pada seminar Sabtu lalu.

“Ia tidak menjadi masalah bagi pegawai polis untuk bercakap di mana-mana seminar yang dianjur mengikut undang-undang.

“Undang-undang apa yang telah dilanggar? Mengikut peruntukan mana? Adakah polis melanggar mana-mana undang-undang? Adakah penganjur itu melanggar mana-mana undang-undang?

“Kalau kumpulan Kristian mahu kita menyampaikan ceramah di majlis mereka, kita tidak juga boleh menghadirinya,” tegas beliau.

Pada Sabtu lalu, UiTM dilapor telah menganjurkan forum bertajuk “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” di kampusnya di Melaka.

Khalid selain itu turut menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa memantau gerakan kumpulan-kumpulan yang cuba memurtadkan umat Islam melalui agenda tertentu.

Ceramah itu dilapor hanya mengingatkan mahasiswa mengenai gerakan mermurtadkan umat Islam supaya mereka yang beragama Islam tidak terpengaruh.

Bagaimanapun tindakan itu telah dipertikai oleh Presiden Persatuan Belia Kristian Malaysia, David Ngu.

UTAMAPOLITIKPegawai Polis Beri Ceramah Anti-Murtad Tidak Lakukan Kesalahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium