Peguam: Inkues Adib tidak selesai jika panggil semula pakar forensik

Isu untuk memanggil semula saksi pakar dalam inkues menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim menjadi topik perdebatan antara pegawai pengendali inkues dengan peguam dalam prosiding semalam.     

- Advertisement -

Pegawai pengendali inkues Faten Hadni Khairuddin dalam hujahannya memohon mahkamah mempertimbangkan permohonan memanggil semula saksi ke-24 iaitu pakar perubatan forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, yang mengendalikan bedah siasat ke atas anggota bomba itu.       

Beliau berkata mahkamah mempunyai budi bicara mengguna pakai peruntukan Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula saksi pakar berkenaan bagi mencapai suatu keputusan adil dalam inkues ini.
       
“Saksi ke-24 ini penting sebab kami masih boleh tanya soalan yang akan membantu mahkamah menilai keseluruhan keterangan dalam inkues,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad pada prosiding di sini semalam.       

Faten Hadni juga berkata pemanggilan semula Dr Ahmad Hafizam penting sebab terdapat pertikaian pendapat dua pakar berhubung ‘mechanism’ kecederaan yang dialami Muhammad Adib yang membawa kepada kematiannya.
   
Sementara itu, peguam Syazlin Mansor mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bomba dan keluarga mangsa, membantah permohonan untuk memanggil semula saksi pakar berkenaan sebab berpendapat semua saksi telah diberikan peluang adil dan saksama untuk memberikan keterangan.
 
“Sekiranya mahkamah benarkan saksi ke-24 beri keterangan rebuttal terhadap saksi (kami) iaitu terhadap saksi ke-29 (bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid), perkara ini akan menjadi tiada penghujungnya.
        
“Ini kerana kami juga pasti memanggil saksi ke-29 bagi mempertahankan teori beliau,” katanya dalam hujahan bertulisnya. 
       
Beliau juga merujuk kepada kes inkues kematian Teoh Beng Hock di mana pegawai pengendali inkues tidak memanggil semula dua pakar patologi yang melakukan bedah siasat pertama ke atas si mati.

“Justeru, tiada sebab perkara itu (panggil semula saksi pakar) perlu dilakukan dalam kes ini,” katanya.   
Rofiah kemudian menetapkan 10.30 pagi ini bagi memberikan keputusan berhubung permohonan pegawai pengendali inkues itu.

Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara. — Bernama

https://pakdin.my/tag/muhammad-adib

Berita Berkaitan

Komen

......
  1. udah2 la tu… memasing dah ‘terisi penuh’ dah poket tu… tutup je la kes..
    mengabihkan boqheh ja naik turun mahkamah… xde pun mana2 paria yg sentuh waktu tu…dah sah2 allahyarham Adib mati sb pukul diri sendiri..kn.. ? sng cite…
    kita tunggu ja ‘mahkamah di Masyar nanti… korg2 yg terlibat dlm ‘melindungi’ pembunuh Adib boleh la tersenyum puas skrg tp… kt ‘sana’ nnti.. xkn ada lg yg boleh back-up korg… buat keluarga Adib.. bertabahlah, redha dgn sgla ‘ketentuanNya’…
    al-fatihah buat arwah Adib…

  2. Kan 2 doktor mlm tadi dh buat laporan polis sbb diugut utk menyatakn kecederaan arwah kena pintu blkg kereta. Alhamdulilah. Smga keduax doktor tsb dilindungi Allah SWT

Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

37 Ditahan, Sambut Hari Jadi Menu Dadah

Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di...

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta “drive in theatre” yang pertama di Malaysia...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.3 – 7.5 Peratus Tahun Depan

Agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.