Peguam mahu tarik balik saman isytihar sekolah vernakular tak berperlembagaan - pakdin.my

Peguam Khairul Azam Abdul Aziz bercadang menarik balik saman yang difailkan untuk mengisytiharkan kewujudan sekolah vernakular sebagai tidak berperlembagaan.

Katanya, beliau berhasrat menarik balik saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu kerana ada 2 pihak lain yang turut memfailkan saman sama.

“Saya mencadangkan tarik balik tindakan saya dan sudah menghantar surat kepada semua defendan,” katanya.

Sementara itu, peguam T Gunaseelan mengesahkan beliau menerima surat daripada peguam Khairul berhubung perkara itu.

“Butiran mengenai apa yang kami mahu lakukan hanya boleh didedahkan di mahkamah kemudian,” kata peguam itu yang mewakili Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Bahasa Tamil dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil.

Pada 12 Feb lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan turut membenarkan 11 organisasi dan parti politik lain untuk menjadi pencelah dalam saman itu.

Nordin menetapkan 5 Mei ini sebagai tarikh pendengaran kes itu.

Khairul memohon perisytiharan Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan bahasa Cina serta Tamil menjadi bahasa pengantar utama di sekolah vernakular, bertentangan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Dua kumpulan lain ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) yang turut memfailkan saman untuk membatalkan Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan.

Minggu lalu, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia turut memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular di Malaysia.

Peguam cabar sekolah vernakular bertentangan perlembagaan Persekutuan didengar esok

Cina Malaysia Perlu Kemukakan 10 Sebab Pendidikan Vernakular Baik Untuk Negara

UTAMABERITAPeguam mahu tarik balik saman isytihar sekolah vernakular tak berperlembagaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium