Peguam Negara Amerika Bukan Hakim – Apa Beza Kes Lim Guan Eng dan Jho Low? - pakdin.my

Lebih tidak masuk akal jika pihak yang tidak dibabitkan seperti Perdana Menteri Mohd Najib Razak pula dianggap bersalah.

us department of justice

Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) merupakan tindakan Sivil yang dipohon kepada Mahkamah Amerika Syarikat (US) bagi merampas aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti penggubahan wang haram. Ia bukanlah satu keputusan seseorang itu bersalah atau tidak.

Dalam kes Jho Low dan Riza Aziz serta beberapa orang yang dituduh dalam penggubahan wang haram membabitkan Dana 1MDB ia merupakan tindakan sebelah pihak yang perlu diputuskan oleh Mahkamah.

Tindakan yang diumumkan oleh Peguam Negara US sebentar tadi ialah petisyen kepada Mahkamah US. Sama ada ia mempunyai asas atau tidak untuk perampasan bergantung kepada perbicaraan di Mahkamah nanti.

Dalam mana undang-undang dunia pun Peguam Negara bukanlah pihak yang boleh menentukan kesalahan seseorang. Apatah lagi tindakan KARI ini ia merupakan tindakan sivil bukannya jenayah lagi.

Kita tahu US juga mempunyai banyak sejarah ada agenda tersendiri seperti banyak tuduhan korupsi, kejam dan zalim ke atas Ketua Negara lain untuk melakukan pertukaran ketua kerajaan. Sehingga kini mereka tidak dapat membuktikan kewujudan WMD di Iraq dan Libya yang menjadi alasan mereka menyerang dan menukar kerajaan negara tersebut.

Kita juga tahu US mempunyai rekod yang sangat membanggakan dalam kes membuat tuduhan untuk menjatuhkan kerajaan tanpa memberi bukti yang kukuh. Apa pun kita tunggu perbicaraan di Mahkamah.

Lebih penting sehingga kini Perdana Menteri Najib Razak tidak dinamakan sebagai salah seorang defendan.

Kita tidak berniat membela sesiapa pun. Sekiranya pihak yang dituduh bersalah mereka harus menerima hukuman. Namun sehingga hukuman diputuskan mereka harus dianggap tidak bersalah.

Jika Lim Guan Eng yang dituduh rasuah pun tidak melepaskan jawatan Ketua Menteri atas prinsip tidak bersalah sehingga diputuskan oleh Mahkamah, maka tiada sebab Jho Low, Riza Aziz dan tertuduh yang lain dianggap bersalah.

Sebenarnya kes Lim Guan Eng lebih berat kerana beliau telah melalui siasatan jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Manakala Kes Jhow Low dan rakan-rakan hanya berdasarkan aduan dan mereka perlu menjawab di Mahkamah. Tidak ada siasatan forensik kewangan mahu pun apa-apa siasatan jenayah dilakukan ke atas mereka. Saman sivil hanya berdasarkan aduan dan bukti mengikut keadaan.

Lebih tidak masuk akal jika pihak yang tidak dibabitkan seperti Perdana Menteri Mohd Najib Razak pula dianggap bersalah.

UTAMAEDITORIAL1MDBPeguam Negara Amerika Bukan Hakim - Apa Beza Kes Lim Guan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium