Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,206,253
Confirmed
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Indonesia
4,020,801
Recovered
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Indonesia
141,381
Deaths
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am

Global

All countries
232,297,026
Confirmed
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
All countries
207,191,845
Recovered
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
All countries
4,757,639
Deaths
Updated on September 26, 2021 08:07 8:07 am
Array

Peguam Negara Sedia Beri Surat Kuasa Kepada Rafizi Periksa Akaun Bank

 Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberi kawalan ketat ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedia memberi surat kuasa kepada anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara, kononnya beliau menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Dalam kenyataan empat perenggan di sini Isnin, Abdul Gani berkata, surat kuasa atau autoriti itu akan diberikan jika Rifizi mahu memeriksa akaun bank di mana-mana negara, termasuk di Hong Kong, kononnya berjuta-juta dolar dimasukkan ke atas nama beliau sebagai wang sogokan berkaitan kes itu yang didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Beliau turut menjemput Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR, ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu memeriksa akaun bank atau mana-mana institusi kewangan di mana-mana negara.

“Saya juga menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atas saya sejak sebulan yang lalu, dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali ke atas saya,” tegas beliau.

Sebuah portal berita pada Isnin melaporkan Rafizi sebagai berkata, PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat dakwaan salah laku Abdul Gani yang didedahkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

Portal berita itu pada 26 November lepas melaporkan dakwaan Mat Zain bahawa wujudnya sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih pada 2007.

Pendedahan itu dilakukan dalam bentuk akuan bersumpah setebal 31 muka surat yang antara lain mendakwa salah laku Abdul Gani ketika mengendalikan kes itu.

Berkaitan