Peguam Negara tidak boleh didakwa di bawah Seksyen 217, 218 - pakdin.my

mohd-apandi ali peguam negara

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh didakwa di bawah Seksyen 217 atau 218 Kanun Keseksaan kerana melindungi seseorang daripada tindakan undang-undang seperti dibangkitkan pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kesalahan jenayah.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohamad Noor Ahmad berkata, Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan Peguam Negara kuasa budi bicara mutlak dalam soal memulakan pendakwaan jenayah.

Pada masa yang sama, tegas beliau, Perdana Menteri jelas tidak melakukan kesalahan jenayah kerana dana RM2.6 bilion yang dipersoalkan pihak terlibat merupakan sumbangan politik daripada pihak tertentu untuk UMNO sebagai sebuah parti dan bukannya kepada kerajaan.

Beliau yang pernah mengetuai bahagian pendakwaan di Jabatan Peguam Negara berkata, dengan ini, Najib tidak melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Ke­seksaan seperti didakwa pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mohamed Apandi itu.

“Perlu diingatkan, polisi yang betul berhubung pendakwaan jenayah seharusnya dilakukan setelah pihak pendakwa raya yakin mempunyai 99 peratus kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegas Mohamad Noor, pendakwaan tanpa kes yang kukuh ke atas mana-mana individu apatah lagi jika membabitkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan akan melibatkan ketidakadilan kerana reputasi serta nama baik individu terlibat yang terjejas tidak akan dapat dipulihkan.

Katanya, oleh itu, pendakwaan tidak boleh terus dilakukan untuk tujuan mencari kebenaran atau meminta seseorang itu menjelaskan bahawa dia tidak bersalah hanya disebabkan prinsip ‘seseorang dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah’.

“Hanya peguam dengan pengalaman pendakwaan yang luas akan memahami situasi ini dan selok-belok pendakwaan,” jelas beliau.

Baru-baru ini, sebuah portal berita propembangkang melapor­kan kenyataan bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohamad Ramli Manan bahawa Mohamed Apandi boleh disiasat di bawah Seksyen 217 dan 218 Kanun Keseksaan berkaitan penjawat awam yang ingkar arahan undang-undang dengan niat menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau pelucutan harta.

Menurut portal itu, Mohamad Ramli yang juga seorang pengamal undang-undang turut mengaitkan Najib mungkin melakukan kesalahan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkaitan dana politik RM2.6 bilion.

– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/peguam-negara-tidak-boleh-didakwa-di-bawah-seksyen-217-218-1.189939#sthash.OiK8OlmN.dpuf

UTAMABERITAPeguam Negara tidak boleh didakwa di bawah Seksyen 217, 218

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium