25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Peguam Sahkan Siasatan JAIS Adalah Berkaitan Percubaan Menukar Agama Orang Islam

Pengajur majlis makan malam ‘thanksgiving’ yang diadakan di sebuah gereja di sini minggu lalu disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki cuba menukar agama orang Islam yang menghadiri majlis tersebut.

Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakili 10 daripada 12 orang Islam yang sedang disiasat oleh JAIS kerana menghadiri majlis berkenaan.

Peguam Lim Heng Seng berkata, JAIS mengesahkan perkara itu kepadanya melalui sepucuk surat yang disampaikan pada Rabu.

“JAIS memaklumkan bahawa mereka sedang melakukan siasatan berhubung satu percubaan memujuk orang Islam menukar agama mereka,” katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Sementara itu, Harapan Komuniti, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang turut terlibat menganjurkan majlis makan malam di Gereja Damansara Utama Methodist (DUMC) di sini, berharap insiden tersebut tidak akan berulang lagi.

Peguam kepada pertubuhan itu, Annou Xavier berkata, rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang bertanggungjawab memberi bantuan kepada mereka yang hidup melarat, miskin dan dipinggirkan tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya lagi, Harapan Komuniti merupakan sebuah pertubuhan berkonsepkan 1Malaysia yang mana anggota-anggota lembaganya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum antara lain seorang Melayu, Mohd Rahim Ithnen, Cina, Raymond Koh dan India, Sri Ram K.S. Gopal.

Koh, yang merupakan pengarah eksekutif Harapan Komuniti berkata, 120 penderma, rakan dan penerima bantuan telah menghadiri majlis berkenaan dan dihidangkan dengan jamuan yang dimasak oleh orang Islam.

Katanya, Harapan Komuniti membaca doa yang bersifat umum pada majlis tersebut di samping memberi ceramah, persembahan dan tarian 1Malaysia dan juga pertandingan kuiz.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan