25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Pekerja Syarikat Gores dan Menang Dibelasah sampai pengsan

penganjur-gores-menang-ditumbuk

SEREMBAN: Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap mangsa menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit, empat kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat itu.

penganjur-gores-menang-ditumbuk-2

Tiga pekerja berkenaan lebam di bahagian muka manakala seorang pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang kerana ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan ringgit.

Saksi kejadian mahu dikenali Firdaus, 20 berkata, ketika rusuhan kumpulan berkenaan memasuki premis terbabit dan mengamuk meminta semula dikembalikan wang penipuan ahli keluarga mereka.

Katanya, penipuan dilakukan sejak setahun lalu terhadap ratusan mangsa membabitkan puluhan ribu seorang.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak lagi terpedaya dengan penipuan itu.

Katanya, kes terbabit turut disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...