Pelabur Genneva mohon pembekuan wang mereka dipendekkan - pakdin.my

KUCHING: Pelabur Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva) Cawangan Sarawak semalam memohon agar Bank Negara Malaysia (BNM) serta pihak berkuasa tidak memanjangkan tempoh pembekuan wang milik mereka.

Konsultan Kanan Genneva yang hanya mahu dikenali sebagai Freddy berkata wang komisen yang diperoleh setiap bulan hasil daripada pelaburan emas merupakan periuk nasi buatnya sekeluarga.

Beliau sedih mengenangkan nasibnya sehinggakan tidak mampu membayar pinjaman rumah, kereta dan membeli makanan untuk seisi keluarga setelah berhenti menjadi kontraktor awal tahun ini.

Beliau merupakan pelabur dalam Genneva sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2009.

“Gennevalah periuk nasi kebanyakan kami di sini, kalau boleh kami mahu pihak berkuasa dan BNM mengurangkan tempoh pembekuan atau jangan memanjangkan ia lagi kerana inilah periuk nasi kebanyakan kami di sini,” katanya kepada pemberita semalam.

Perkara itu berbangkit selepas pejabat syarikat itu di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur diserbu BNM kerana disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit secara haram daripada pelabur pada 1 Oktober lalu.

Menurut seorang lagi Konsultan Kanan Genneva Benjamin Wong, Genneva memang merupakan syarikat berdaftar dan para pelabur mena-ruh harapan yang besar terhadapnya.

“Kami tidak melakukan pinjaman wang dan mempunyai 6,000 konsultan dan 50,000 pelanggan di seluruh negara.

“Bayangkan anda, seramai ini yang akan hilang kebergantungan terhadap pelaburan mereka untuk membayar yuran sekolah anak-anak, bayar pinjaman kereta, rumah, beli barang makan di rumah, bayar bil… kalau dipanjangkan tempoh ini susahlah kami,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya sebarang pertanyaan kepada kemusykilan boleh terus ke pejabat Genneva di Tingkat 7, Bangunan Binamas, Jalan Padungan yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

UTAMABERITAPelabur Genneva mohon pembekuan wang mereka dipendekkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium