Temberang Khalid Samad – Pelabur Qatar nak melabur US400b dalam Kereta Nasional ke-3 - pakdin.my

Orang terkaya di Qatar Sheikh Faisal asset dia US$ 2 billion .
BACA sini: https://gulfbusiness.com/forbes-billionaires-list-top-10-richest-people-gcc/

Qatar Petroleum nett asset US$ 107.8 bilion.
BACA sini: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Qatar_Petroleum

Rezab Bank Negara Qatar US$340 bilion.
BACA sini: https://www.reuters.com/article/us-gulf-qatar-cenbank-idUSKBN19V078

Arab gila mana nak labur dalam kereta nasional ke-3 US$400b atau RM 1.6 trilion.

……

INDIVIDU DARI QATAR MAHU MELABUR PROJEK RM1.6 TRILION

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur di dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa memberikan butiran secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Bagi Malaysia, individu berkenaan ingin melabur dalam projek kereta nasional ketiga.

“Kereta ketiga. Faham dulu. Private inisiatif. Maknanya bukan nak guna duit kerajaan. Mahathir jumpa dengan Syeikh Qatari daripada Qatar. Orang Qatar datang nak labur. Dia ada 400 billion US dollar. 1.6 trillion (RM) dia nak labur.

Nak suruh dia labur dalam apa? Batik?Bolehlah Sham Ghaz, buka industri batik dengan duit daripada Qatar. Mestilah nak invest dalam industri. Mahathir cakap dengan orang Qatar: ” Kamu ada duit, kami ada kepakaran”.

Kita dalam kabinet kita dah letakkan syarat. Nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan. Kerajaan tak ada duit. Tapi kalau private inisiatif, apa salahnya?

Qatar nak buka kilang buat kereta kat Malaysia, guna kepakaran Malaysia, duit daripada dia. Takkan kita nak bantah. Kalau dia boleh buat apa salahnya.

Lagi banyak pekerjaan, lagi banyak anu, kita pun ada pengalaman. Jangan ulangi kesilapan lalu.” – Khalid Samad

Bercakap kepada pemberita selepas konvensyen, Khalid menjelaskan projek kereta nasional ketiga merupakan cadangan projek yang sesuai agar pelaburan tersebut dapat mengalir ke dalam negara.

http://www.karangkraf.com/mobile/nasional/individu-dari-qatar-mahu-melabur-projek-rm1-6-trilion-1.916009

UTAMAPOLITIKTemberang Khalid Samad - Pelabur Qatar nak melabur US400b dalam Kereta Nasional...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium