Pelaburan Saudi Aramco RAPID Pengerang: Pembangkang Berusaha Menyelamatkan Hub Petroleum Singapura - pakdin.my

Mungkin selepas ini DAP akan hantar Mahathir ke Arab Saudi untuk menghasut supaya dibatalkan pelaburan Saudi Aramco.

20170301-rapid-pengerang-singapura-gelisah

Kemunculan Pengerang sebagai hab minyak dan gas terbaharu di rantau ini amat membimbangkan Singapura kerana pembinaan baru di Johor ini menepati keperluan untuk memberi kesan kepada Jurong Island kehilangan pendapatan.

Jurong Island, seluas 32 km persegi (12.4 batu persegi) hub luar pesisir, adalah lokasi kepada 96 industri petroleum global, petrokimia dan syarikat kepakaran bahan kimia. Tetapi kekurangan kawasan tanah telah menyebabkan kekangan kepada kepada pengembangan perniagaan.

Inilah sebabnya mengapa Pengerang adalah menarik kepada pelabur untuk melabur disana mengikut cadangan. Dengan pembukaan Terminal Petroleum Bebas Pengerang, kini adalah menjadi faktor “penarik” kepada penempatan semula pemain dalam industri petroleum dan petrokimia dari Jurong Island.

Mengambil kira penjimatan kos, Pengerang juga terletak di sepanjang laluan strategik perkapalan antarabangsa, mempunyai kemudahan pelabuhan yang dalam sehingga 24m draft dan berhampiran dengan kawasan pengeluaran petroleum dan pusat permintaan di Timur Tengah, India dan China.

Jadi secara semula jadi, Singapura harus merasa gelisah mengenai kemungkinan besar penghijrahan keluar pelaburan berpotensi dari Jurong Island.

Hanya masa akan menentukan untuk Pengerang akan muncul sebagai pelengkap atau pesaing kepada Singapura.

Tetapi ia berfungsi tepat pada nasanya sebagai peringatan bahawa Singapura tidak lagi mampu berpuas hati dengan pencapaian ekonominya.

Rujukan:
Malaysia’s oil hub: Will it be a threat to Singapore?
http://www.straitstimes.com/opinion/malaysias-oil-hub-will-it-be-a-threat-to-singapore

Making waves down south
http://www.thesundaily.my/node/253310

Progress of RAPID Pengerang 25 Disember 2016
https://youtu.be/hi7ss4xmyAw


UTAMAEKONOMIPelaburan Saudi Aramco RAPID Pengerang: Pembangkang Berusaha Menyelamatkan Hub Petroleum Singapura

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium