25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Pelacur terkencing dalam seluar takut ditahan

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Thailand yang dipercayai pelacur di sebuah hotel di Jelutong di sini terkencing di dalam seluar selepas pintu biliknya dipecahkan kerana terlalu takut dengan serbuan pasukan polis malam tadi.

Dalam Op Noda yang dijalankan pukul 9 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, wanita berusia 26 tahun itu enggan memberi kerjasama apabila anggota polis mengetuk pintu biliknya untuk melakukan pemeriksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata pasukan serbuan itu terpaksa menunggu hampir sejam untuk memujuk wanita tersebut supaya membuka pintu biliknya namun dia tidak mempedulikan arahan dan hanya menangis di dalam bilik berkenaan.

“Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu hotel itu berikutan terdapat kegiatan tidak bermoral yang dilakukan di situ dan kami terpaksa memecahkan pintu bilik hotel wanita tersebut sebelum menemui wanita berkenaan dalam keadaan ketakutan,” katanya di sini hari ini.

Katanya selain wanita itu, polis turut menahan sembilan lagi wanita warga asing yang bekerja sebagai pelacur di hotel tersebut terdiri daripada lima wanita Thailand, dua Indonesia dan dua Vietnam.

Zainol berkata semasa serbuan dijalankan, ada di antara wanita warga asing itu sedang melayan pelanggan mereka di bilik masing-masing dalam keadaan bogel.

Menurutnya siasatan awal mendapati mereka mengenakan bayaran bermula RM200 untuk perkhidmatan seks selama 45 minit dan pelacur tersebut mencari pelanggan melalui aplikasi WeChat.

“Ekoran penahanan 10 wanita warga asing itu, polis menjumpai berpuluh-puluh kondom termasuk yang telah digunakan dan minyak pelincir di setiap bilik pelacur berkenaan,” katanya.

Katanya polis turut merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil kegiatan pelacuran yang dipercayai telah menjalankan aktiviti tersebut di hotel berkenaan sejak beberapa minggu lepas.

Beliau berkata semua wanita yang berusia antara 22 hingga 30 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan persundalan. — BERNAMA

Berita Berkaitan

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...