Pelajar UPSI ditemui lemas di tasik - pakdin.my

Pelajar ditemui lemas di tasik UPSI

Tanjung Malim: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas di tasik universiti itu kira-kira jam 8 malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Haqim Ishak, 24, berasal dari Pokok Sena Kedah ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 8 malam.

Katanya, pihaknya menerima panggila kira-kira jam 5.33 petang yang memaklumkan terdapat seorang lelaki dipercayai lemas di tasik berkenaan.

“Setibanya di tempat kejadian komander operasi mendapati terdapat seorang lelaki telah lemas di tasik berkenaan.

“Pasukan penyelamat kemudian menjalankan operasi mencari dan mengenalpasti lokasi mangsa sehingga mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8. malam,” katanya.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Rahim Shaari tamat kira-kira jam 8.10 malam.

UTAMABERITAPelajar UPSI ditemui lemas di tasik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium