Pelajar IPTA Maut, Kereta Dihempap Lelaki Terjun Tingkap Hotel (update) - pakdin.my

maut-dihempap-lelaki-terjun-bangunan-2

MELAKA: Seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya dihempap seorang lelaki dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah hotel di Banda Hilir, di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa Arfan Syazani Salahudin, 19, yang menaiki Perodua Viva baru tiba di tempat letak kereta hotel berkenaan sebelum dihempap satu objek dari atas.

“Hasil hentakan objek berkenaan (lelaki berkenaan) mengakibatkan bahagian bumbung kereta kemek dan terkena mangsa yang merupakan pekerja sambilan di hotel tersebut.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lelaki berusia 43 tahun yang terjatuh di atas kereta mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka kira-kira pukul 3 petang,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata berkata lelaki dari Bukit Katil di sini yang dipercayai terjun dari tingkat 13 itu mendaftar masuk seorang diri di hotel berkenaan kira-kira pukul 9.40 pagi Jumaat.

Shaikh Abdul Adzis berkata kes kematian remaja yang berasal dari Bukit Rambai di sini itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, ibu Arfan Syazani, Aslina Ansari, 43, ketika ditemui berkata anaknya itu sedang bercuti semester tiga dari pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan baru bekerja di hotel tersebut kira-kira dua minggu.

“Sebelum pergi kerja pagi tadi dia sempat meminta bekal untuk dibawa ke tempat kerja walaupun biasanya dia tidak berbuat demikian.

“Dia tidak menunjukkan sebarang kelainan pada dirinya, namun pagi tadi saya sempat berpesan pada arwah supaya berhati-hati memandu,” katanya.

Aslina berkata dia dan keluarga reda dengan insiden itu dan mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cina di sini.

maut-dihempap-lelaki-terjun-bangunan

BERITA SEBELUM

Maut dihempap lelaki jatuh bangunan

maut-dihempap-lelaki-jatuh-bangunan-melakaMELAKA: Seorang lelaki maut selepas bumbung kereta PERODUA Viva dinaikinya dihempap seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di Jalan Parameswara, Bandar Hilir, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Sumber polis berkata, ketika kejadian kawan wanita mangsa sedang menunggu di luar kereta di tempat letak kenderaan berhampiran bangunan…

UTAMABERITAPelajar IPTA Maut, Kereta Dihempap Lelaki Terjun Tingkap Hotel (update)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium