26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Pelajar Malaysia di London maut dirempuh tren bawah tanah

Muhammad Harun Maseri

Seorang pelajar Malaysia maut selepas dilanggar tren bawah tanah di stesen Marble Arch, di London, pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu jam 6.26 petang, Muhammad Harun Maseri, 22, pelajar Universiti Middlesex, dilaporkan dilanggar tren ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di laluan Central ketika waktu puncak.

Mengikut laporan akhbar The Standard, jurucakap Pengangkutan London, berkata mangsa masih hidup sejurus dilanggar namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba bagi merawat mangsa.

Kejadian itu juga turut menyebabkan beberapa perjalanan tren ditangguhkan bagi membolehkan pihak bomba dan polis menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, pihak Polis Trafik British, berkata hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Akhbar itu juga memetik kenyataan seorang saksi, Chris Green yang berada dalam tren berkenaan berkata beliau mendengar pemandu membunyikan hon sebelum tren berkenaan diberhentikan secara tiba-tiba.

“Saya melihat melalui cermin tingkap dan melihat ramai orang berlari ke arah laluan keluar platform,” katanya.

Katanya, beliau dan penumpang lain diarah keluar daripada stesen berkenaan bagi membolehkan pasukan paramedik menjalankan tugas menyelamat mangsa.

Setakat ini, ibu bapa mangsa yang sedang berada di London, bagi menghadiri majlis konvokesyen abangnya juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Jenazah yang kini ditempatkan di rumah mayat Westminster untuk proses bedah siasat dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis ini.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan