30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Pelajar Malaysia Hilang Di Perancis

20160927-pelajar-malaysia-hilang-di-paris

Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah universiti di Perancis dilaporkan tidak pulang ke rumah sewanya di sana sejak Jumaat lalu.

Pelajar terbabit, Norsakinah Naim disedari tidak pulang oleh rakan serumahnya yang menunggu selama dua hari sebelum membuat laporan kepada Kedutaan Malaysia di Perancis.

Penuntut tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen Universti Rouen itu mengambil jurusan kejuruteraan kimia dan berasal dari Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Bapa pelajar terbabit, Naim Awang, 46, yang dipetik Berita Harian sebagai berkata sebelum kejadian, rakan Sakinah yang pulang ke rumah sewa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu yang sedang berdering dan ditinggal di dalam bilik.

Malah, Naim turut dimaklumkan oleh bekas guru kaunselor anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula, Tikam Batu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat namun talian terputus.

“Guru berkenaan kemudian menghubunginya semula pada Sabtu dan dijawab oleh rakan serumah yang memberitahu Nursakinah tidak pulang ke rumah,” katanya.

Difahamkan Norsakinah adalah pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Pekula apabila mendapat 10A1 pada 2015.

Pada masa sama, Naim berkata dia dan isterinya, Nur Haluzah Ahmad, 43, terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pegawai Kedutaan Malaysia Perancis kira-kira 8 pagi Isnin yang memaklumkan berita kehilangan anaknya itu.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan