Pelajar Maut Di Kilometer 23.5, Lebuh Raya Karak Arah Kuala Lumpur - pakdin.my

Muhammad Izzuddin Md Asran

Hasrat seorang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah tidak kesampaian setelah menemui ajal apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Lebih tragis, apabila mangsa maut ketika dalam perjalanan untuk mendaftar di UITM Shah Alam hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi di Kilometer 23.5, lebuh raya Karak arah Kuala Lumpur, sebelum plaza tol Gombak.

Siasatan awal polis mendapati, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang tiang lampu.

Akibatnya mangsa tercampak ke dalam longkang lebuh raya dan maut di tempat kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Izzuddin Md Asran, 22 tahun, menunggang bersendirian dari rumahnya di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Suasana bertukar menjadi pilu apabila bapa mangsa, tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenainya.

Dia sepatutnya mendaftar di UITM, Shah Alam hari ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang perancang bandar.

Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

 

UTAMABERITAPelajar Maut Di Kilometer 23.5, Lebuh Raya Karak Arah Kuala Lumpur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium