30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Pelajar perempuan 9 tahun dilarikan sebelum dicabul di Slim River

wpid-srk-aminuddin-baki-slim-river.jpg
Gambar hiasan

Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila dilarikan oleh seorang lelaki berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River sebelum dicabul dalam sebuah pondok di kawasan jirat di Jalan Slim Lama, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, suspek dikatakan mendekati mangsa di Stesen Bas Slim River dan berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, ketika di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa sebelum memberhentikan keretanya di kawasan jirat berkenaan dan memaksa mangsa pergi ke sebuah pondok di situ.

“Apabila berada di dalam pondok berkenaan, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar dan mencabul kehormatannya. Selepas beberapa minit suspek beredar dari situ dan ketika itu mangsa melarikan diri.

“Pada kira-kira jam 1.50 tengah hari, seorang wanita yang sedang memandu sebuah kereta di jalan berkenaan melihat mangsa berlari di tepi jalan dalam keadaan ketakutan.

“Wanita itu kemudian memberhentikan kenderaannya dan bertanya kepada mangsa. Selepas mengetahui kejadian sebenar, wanita terbabit membawa mangsa ke Balai Polis Slim River,” katanya ketika dihubungi di sini.

Othman berkata, bapa mangsa berusia 43 tahun yang turut dimaklumkan oleh kakak mangsa berusia 12 tahun bergegas ke balai polis dan terkejut melihat mangsa sudah berada di situ.


Beliau berkata, dua anggota kereta peronda polis (MPV) mengesan kenderaan suspek kira-kira jam 2.30 petang iaitu PROTON Wira Aeroback berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WKQ 907 sebelum cuba menahannya.

“Bagaimanapun suspek enggan memberhentikan kenderaan sebaliknya memecut laju menghala ke arah Plaza Tol Slim River menghala Ipoh.

“Ketika di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berlaku kejar-mengejar dan anggota MPV meminta bantuan. Suspek kemudian merempuh palang Plaza Tol Sungai dan terus menghala ke pekan Sungkai.

“Semasa kejar-mengejar di pekan Sungkai pula, kenderaan suspek telah melanggar sebuah PROTON Exora milik orang awam sebelum terus memasuki Taman Desa Idaman Sungkai. Bagaimanapun, anggota MPV berjaya mengesan dan menghalang laluan suspek, namun suspek bertindak melanggar MPV berkenaan di bahagian hadapan sisi kiri.

“Dengan bantuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River telah berjaya menahan suspek bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Othman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.

Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Slim River untuk pemeriksaan dan

hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan mangsa diperkosa.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...