Pelajar Perempuan Jatuh Dalam Gaung Di Lereng Bukit Tabur - pakdin.my

bukit-tabur

Terkini:

Seorang remaja perempuan yang tergelincir dan jatuh ke dalam gaung di lereng Bukit Tabur, dekat Taman Melawati pagi tadi, ditemukan selamat pukul 5.53 petang ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk membawa keluar Khairun Fatin Atiqah Khairul Hamid, 17.
“Operasi membawa keluar mangsa mungkin ambil masa sedikit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang remaja perempuan dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam gaung di lereng Bukit Tabur, dekat Taman Melawati ketika dalam perjalanan turun dari bukit itu pada Selasa.

Dalam kejadian 9 pagi itu, remaja yang dikenali sebagai Qhairun Fatin Khairul Amin, berusia dalam lingkungan 17 dan 18 tahun, dipercayai sedang menuruni bukit itu bersama sembilan lagi anggota kumpulan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.38 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Menurutnya, anggota kumpulan pelajar itu ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari dan memaklumkan lokasi kejadian tetapi lokasi sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.

Misi pencarian mangsa masih dijalankan melibatkan 52 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad mengesahkan kejadian itu.


Berikut merupakan senarai kes-kes lampau di Bukit Tabur yang berakhir dengan kecelakaan:

5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

17 Disember 2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

UTAMABERITAPelajar Perempuan Jatuh Dalam Gaung Di Lereng Bukit Tabur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium