25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Pelajar Perempuan Tingkatan Dua Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda

Gambar hiasan

BESUT — Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Jerteh, di sini yang menayang wang RM800 kepada rakan-rakannya, membongkar rahsia dia dipercayai menjual pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.

Katanya hasil siasatan polis, pelajar perempuan itu mengaku melakukan aktiviti sampingan membantu bekas teman lelaki menjual pil kuda di luar waktu sekolah sejak empat bulan lalu.

Gadis itu bagaimanapun menafikan menjual dadah kepada pelajar sekolah lain.

Kamaruddin berkata susulan itu, pihaknya menahan teman bekas teman lelaki pelajar berkenaan yang berumur 19 tahun dan abang lelaki itu yang berumur 34 tahun pada hari yang sama.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Komen

..

Kalau TYT minta 10 nama, kesemua nama hendaklah dari ADUN BN

Pemimpin UMNO dan Bersatu perlu datang ke hadapan menyatakan sama ada benar atau tidak ada persetujuan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah menang maka BN akan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan