23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Pelajar Politeknik PD maut dalam kemalangan

Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kemalangan

SEREMBAN – Seorang pelajar Politeknik Port Dickson maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 10.6 Lebuhraya Seremban – Port Dickson, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 tengahari itu, mangsa, Muhammad Zulfadli Shamsudin, 19, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersama seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal lain, dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Johol, Pilah.

Bagaimanapun, katanya, sejurus sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar tayar belakang motosikal rakannya itu.

Katanya, ia menyebabkan motosikalnya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi pembahagi lebuh raya.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh kira-kira lima meter dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat.

 

 

 

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan