Pelajar Tingkatan 1 Maut Akibat Banjir Kilat Di Kuala Lumpur - pakdin.my

Hujan lebat dan ribut selama lebih tujuh jam di Lembah Klang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Beberapa kawasan dilaporkan turut ditenggelami air termasuk 100 buah rumah di Ampang, Selangor.

Dalam satu lagi kejadian, seorang pelajar tingkatan satu maut selepas ditimbus tanah runtuh di belakang rumahnya di kuarters polis di Jalan Belfield berhampiran Kampung Attap, di sini.

Mangsa, Mohd. Irfan Raja Azlan, 13, berada di belakang rumahnya apabila tiba-tiba tebing setinggi lima meter runtuh dan menimbus pelajar itu kira-kira pukul 9.30 malam.

UTAMABERITAPelajar Tingkatan 1 Maut Akibat Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium