BEHRANG: Sekumpulan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang yang terkandas di Gunung Tumang Batak dekat sini semalam, selamat tiba ke kaki gunung kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
Sepatutnya kumpulan 32 pendaki itu selesai pendakian dan tiba di Kampung Sungai Dara di kaki gunung itu lewat petang kelmarin tetapi mereka gagal berbuat demikian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Jasfian Jamaludin berkata, kegagalan mereka tiba ke kampung itu memaksa pihaknya dan sukarelawan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Kumpulan pelajar ini menyertai Program XPDC UiTM Pendakian 60 Gunung sempena Sambutan Ulangtahun Ke 60 UiTM bersama Unit Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang,” katanya di sini hari ini.
Jasfian berkata, seramai 15 anggota SAR terdiri daripada lapan anggota bomba, lima anggota bomba Sukarela dan dua anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan operasi pada jam 10.45 pagi untuk mencari kumpulan pelajar berkenaan.
Katanya, kumpulan pendaki itu ditemui pada jam 12 tengah hari dalam keadaan selamat.
Peserta program terdiri daripada 14 pelajar lelaki, 10 pelajar perempuan, empat pegawai pengiring serta masing-masing dua jurupandu dan pembantu jurupandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat mengiringi kumpulan pelajar dan sampai ke Pusat Kawalan Bomba pada jam kira-kira 1.30 tengah hari.
PELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN https://t.co/YQ6rUf1lGH
PELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN https://t.co/HrM2FjOgXi
PELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN https://t.co/SxYX5anFKH
Azmi Haron liked this on Facebook.
Syed Sharifah liked this on Facebook.
Shamsuddin Jusoh liked this on Facebook.
Muhamad Faizal liked this on Facebook.
Megat Yusof Darwis liked this on Facebook.
Panglima X Bob liked this on Facebook.
Mohd Firdaus N Shazlina liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
PELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN https://t.co/yF03OgA5rX
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Sapp Saqq liked this on Facebook.
Norazli Bulat liked this on Facebook.
Araz Caliph liked this on Facebook.
Humnath Kafle liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Zahrul Amin liked this on Facebook.
Buyung Tembaga liked this on Facebook.
Cicit Bahaman liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Syed Amiruddin Al-Habshee liked this on Facebook.