30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hina lagu Negaraku

Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah negeri di Pantai Timur didakwa telah menghina lagu Negaraku di laman sosial.

Perkara itu didedahkan oleh blog Angin Perubahan dalam entri terbarunya hari ini.

Ekoran penghinaan terbuka itu pemilik akaun Facebook tersebut, “Mohd Farizal” telah dikecam oleh beberapa pengikut-pengikut laman sosialnya.

Lelaki terbabit telah bertindak mengubah suai senikata lagu Negaraku dengan perkataan-perkataan yang menjijikkan terhadap tanah air dan raja-raja Melayu.

Antaranya “Negaraku, tanah tumpahnya maniku. Rakyat hidup miskin dan makan taik… Tuhan, matikanlah raja kita, masuk kubur… Tuhan, masukkan raja kita ke negara jahannam…”

Sebelum ini, beberapa individu telah menggunakan laman-laman sosial terutama Facebook untuk menghina Rasulullah SAW, agama Islam, institusi raja-raja Melayu dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka boleh menjejaskan keharmonian negara.

hina-lagu-negaraku






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan