25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Pelajar UPSI Mati Jatuh Bangunan Terjun Separa Sedar Gangguan Makluk Halus?

Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi

TANJUNG MALIM: Seorang penunlul University Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikata kan mengatami masalah gangguan makhluk halus maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin, Timbalan Naib Canselor Hal lihwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkala, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawaian tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Senubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5:30 petang kelmarin.
“Malah, saya dimaklumkan rakan serum ah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.
Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, dilemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.

Mayat Fatimah ditemui dalam keadaan berseluar trek dan bertudung oleh beberapa pelajat UPSI yang kebelulan melalui kawasan kejadian.

Dr Junaidi berkala, insiden menimpa Fatimah itu di luar kawalan pihaknya, malah berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), pelajar itu disyaki memasuki bangunan berkenaan dalam keadaan separuh sedar sebelum menaiki tangga.

“Saya mewakili seluruh warga UPSI ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah. Pihak universiti turut mengadakan majlis tahlil ringkas untuk arwah malam tadi (malam kelmarin) di surau Kampus Proton City disertai pegawai universiti dan pelajar.

“Selain itu, dua rombongan bas disertai 80 pelajar, termasuk Penolong Pendaftar UPSI, Musa Jaafar mengiringi penghantaran pulang jenazahnya ke rumah keluarga di Muar pagi ladi (semalam) bagi menziarahi selain mengnulurkan sedikit sumbangan” katanya.

Menurut Dr Junaidi, beliau juca difahamkan Fatimah tidak pernah berpakaian sukan setiap kali keluar dari rumah sewanya di Taman Universiti di sini, seperti dilakukannya kelmarin, kerana pelajar itu kerap dilihat memakai jubah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi semalam, mengesahkan kes kematian pelajar berkenaan disiasat mengikut Laporan Kematian Mengejut (SDR).

Beliau berkata, siasatan awal melalui rakaman CCTV mendapati mangsa terjun dari bangunan berkenaan.

“Bagaimanapun, kami masih menyiasat kejadian itu.”

Laporan bedah siasat dijalankan di Hospital Slim River mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan berikutan jatuh dari tempat tinggi.

“Selain itu, hidung mangsa turut patah selain dagu berlekuk akibat impak jatuhan yang kuat sebelum mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Berita/gambar hari kejadian:
Pelajar Perempuan UPSI Mati Jatuh Bangunan

.
.
.

Pelajar Upsi murung sebelum maut jatuh bangunan

SINAR HARIAN
23 April 2012
Noralis (kanan) menyiram air di kubur Fatima Mina dan ditemani Munira.

MUAR – “Kebelakangan ini arwah kelihatan murung dan suka menyendiri,” kata Noralis Mohamad, 22, rakan sekelas Fatima Mina Md Juferi, 22, iaitu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) yang terbunuh selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di universiti terbabit petang kelmarin.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca arwah murung dan dilihat sudah berlarutan sejak beberapa semester.

“Arwah juga menjadi semakin pendiam apabila masuk semester empat dan pernah bertanya kepada arwah tentang masalah yang dihadapinya, tetapi dia hanya membisu sahaja.

“Semasa tahun pertama pengajian dia kelihatan ceria seperti pelajar lain dan difahamkan masalah yang dihadapinya berkaitan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Jeram Bukit Batu, Bakri, di sini, semalam.

Seorang lagi rakannya, Munira Mamud, 21, berkata, rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Upsi menunjukkan arwah memasuki lif ke tingkat lima blok bangunan kuliah pada kira-kira jam 5.15 petang kelmarin secara bersendirian.

Menurutnya, insiden itu turut disedari seorang pelajar yang kebetulan­ sedang menghadapi peperiksaan di dalam dewan di situ dan mahu ke tandas lalu terlihat satu objek melayang dan jatuh ke atas ruang pejalan kaki.

“Pelajart terbabit memaklumkan kepada pensyarah yang kemudian menghubungi ambulans.

“Beberapa pelajar yang berada di lokasi sempat mengajar mengucap ketika arwah masih bernafas,” katanya.

Munira berkata, Fatima Mina juga menunjukkan perubahan ketara beberapa hari sebelum kejadian seperti tidak mempedulikan orang yang bercakap dengannya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Iskandar Ali, 40-an, berkata, anak saudaranya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu dua minggu lalu.

“Arwah seorang yang rapat dengan adik-beradiknya yang lain,” katanya.

.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan