Pelakon Korea, Kim Jin Sung Belajar Bahasa Melayu - pakdin.my

Kim Jin Sung
Kim Jin Sung

Pelakon berasal dai Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung, mengakui tertarik dengan keunikan bahasa Melayu sehingga membuatkannya mengikuti kursus bahasa tersebut di sebuah universiti di negara berkenaan.

Kim Jin Sung, 27, atau lebih mesra dipanggil JS, berkata, dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam kursus tersebut yang diambil selama setahun.

“Saya mengambil kursus bahasa Melayu di Hungik Universiti kerana bagi saya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik dan ramai rakan saya yang mengambil kursus ini.

“Di universiti ramai pensyarah daripada negara ini dan saya juga pernah datang ke Indonesia beberapa kali untuk menyelesaikan projek akhir,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Autumn Di Hatiku, di sini, Selasa.

Tambah JS, dia mendalami bahasa Melayu melalui pembacaan dan pergaulan bersama rakan-rakan serta pensyarahnya.

Sementara itu, JS berkata, peluang berlakon di Malaysia dalam drama Autum Di Hatiku merupakan salah satu cara untuknya mengaplikasikan pembelajarannya selama ini.

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Autumn Di Hatiku

“Ketika dibuka sesi uji bakat melalui sebuah produksi pencarian bakat di Korea bagi mencari pelakon untuk drama ini, saya mengambil peluang dengan menghantar video dan akhirnya diterima.

“Saya berharap dapat mengembangkan kerjaya dan mendapat tawaran berlakon lagi di negara ini,” katanya.

Ujarnya, sejak empat bulan berada di negara ini, dia banyak mempelajari pelbagai budaya masyarakat tempatan.

“Saya belajar banyak tentang budaya Malaysia dan mendapat ramai kawan di sini. Daripada segi makanan saya tiada masalah kerana saya suka makanan pedas,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya soal kekasih, JS berkata, dia masih belum mempunyai teman wanita dan mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

JS memegang watak Park Au Tum dalam drama bersiri berkenaan untuk siaran portal Tonton dan akan mula bersiaran pada Rabu (hari ini), pukul 12 tengah hari.

Autumn Di Hatiku turut dibintangi pelakon terkenal Hanez Suraya, Aiman Hakim, Anas Redzuan dan Ezzaty Abdullah.

UTAMAGAYA HIDUPPelakon Korea, Kim Jin Sung Belajar Bahasa Melayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium