25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Pelakon Wanita Ditahan Disyaki Miliki Dadah

pelakun-wanita-edar-dadah

Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 627.59 gram dalam serbuan di sebuah kediaman di Subang Parkhomes, Subang Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang membintangi drama ‘Ku Tinggal Cinta di Okinawa’ itu ditahan selepas polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.

Yahaya berkata pihaknya turut menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik kedua di kediaman itu setelah menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi ceraian daun kering disyaki ganja seberat 15.74 gram bersama dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

“Pemeriksaan di bilik ketiga menemui satu beg kertas mengandungi dua paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi satu ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat 609.66gram dalam baju,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Katanya, selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan