Pelakun Nabila Huda dan anak cedera nahas dekat Bentong - pakdin.my

nabila-huda-kemalangan-bentong-2

Pelakon wanita yang juga anak kepada lagenda rock negara Amy Search, Nabila Huda cedera ringan selepas pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dinaiki terbabas di Kilometer 71 Lebuhraya Kuantan-Karak, dekat Bentong, lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut membabitkan anaknya, Keisha Laila, 3, yang juga cedera di tangan, dahi dan mulut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata seorang pelakon wanita bernama Nabila Huda Suhaimi, 27, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menjalankan urusan kerjanya di Kuantan.

nabila-huda-kemalangan-bentong

“Kenderaan dinaiki pelakon terbabit bersama anaknya dan dua lagi penumpang terbabas sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mereka bagaiamanapun selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

UTAMABERITAPelakun Nabila Huda dan anak cedera nahas dekat Bentong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium