Home / :: BLOG :: / Pelan perkukuh kuasa gagal, Mahathir akhirnya pujuk DAP?

Pelan perkukuh kuasa gagal, Mahathir akhirnya pujuk DAP?

Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP kata Perdana Menteri di Terengganu.

Ucapan ini muncul ketika aktiviti melompat parti oleh beberapa individu terhenti apabila “manuver” politik yang dilakukan oleh UMNO untuk memperkukuhkan parti dan akhirnya TUN M terpaksa menyatakan bahawa kedudukan beliau sendiri ditentukan oleh parti DAP.

Namun adakah Tun dan Partinya akan menurut kata DAP mengenai isu melompat parti atau sebenarnya sesuatu sedang berlaku di dalam “koloni” Pakatan yang kini sedang mengalami defisit kepercayaan sesama mereka.

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai telah memberi amaran susulan perkhabaran terdapat Ahli Parlimen BN akan meninggalkan parti dan menjadi Ahli Parlimen bebas serta menyokong kepimpinan PH.

di dalam ucapannya Tan Kok Wai berkata, tindakan menerima Ahli Parlimen BN disifatkan sebagai amalan tidak sihat, apatah lagi usia kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu belum menjangkau enam bulan.

Sebelum ini, 3 ahli Parlimen BN telah menyertai PPBM, 1 ahli menyertai warisan, 2 masih bebas serta 11 lagi kerusi termasuk kerusi parlimen dari Sabah masih di dalam tempoh bertenang sebelum mengumumkan sesuatu.

Sudah tentulah tindakan mereka adalah ini untuk menguatkan parti PPBM dan tidak pula mereka menyatakan untuk menyertai parti lain selain PPBM, dan persoalan juga timbul mengapa mereka tidak menyertai Amanah, PKR ataupun DAP sendiri.

Adakah Mahathir sedang membeli nyawa politik ?

Kerusi yang dimenangi oleh parti PPBM pada PRU 14 hanyalah berjumlah 13 kerusi, sementara PKR dan DAP menguasai 47 dan 42 kerusi.

Jika di PRU-14, PPBM bertanding 52 Kerusi dan DAP hanya 35 kerusi semestilah Tun memang menyedari bahawa DAP mempunyai lebih banyak kata putus akhir untuk menentukan siapa Perdana Menteri, oleh itu suka atau tidak, Mahathir dan pasukannya haruslah diperkuatkan selepas keputusan akhir PRU-14 bagi mengimbangi kuasa kata putus akhir tersebut.

Perkara ini muncul selepas PPBM selesai mengadakan PAT nya mengundang rasa jelik parti-parti lain di dalam PH. Perkara ini muncul selepas memperlihatkan ucapan-ucapan perwakilan yang menjadi kontroversi seperti isu kontrak serta kerja-kerja pembekalan Kerajaan yang kini dipelopori oleh parti PPBM

Bagi meredakan kemarahan parti DAP, maka akhirnya Tun Membeli hati DAP apatah lagi PRK Cameron bakal berlangsung tidak lama lagi.

Oleh itu pengundi DAP yang ada di sana haruslah dibelai semula agar mereka memberikan undi kepada parti DAP walaupun mereka sedar pengaruh mereka semakin hilang hari demi hari kerana kegagalan mereka menunaikan janji-janji pilihanraya serta pelbagai ketidak puasan hati Rakyat yang semakin tidak berpihak kepada mereka.

LIHAT video:
https://youtu.be/7O2Ti2Wh_tk

Rujukan:
Tuan badan mengakui dgn lidah yg fasih bahawa ‘KERAJAAN HARI INI MILIK MUTLAK DAP’. Puashati macai2 dan pengundi PH.
BACA sini: https://pakdin.my/video-dap-yang-tentukan-kedudukan-saya-sebagai-perdana-menteri-dr-mahathir/

(Visited 712 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

10 comments

  1. Rasidah Ahmad

    Setuju kerana NYANYUK otak dsh expired!

  2. Jamil Jaafar

    KJ mau perjanjian sulit Najib – Beijing disiasat. KJ dakwa kabinet tidak dimaklum.Kalau benar apa KJ mau PH buat ?

  3. Saiful Bahari Abdullah

    Bukti melayu lemah setelah berada diluar Umno…. Kembalilah kpd Umno, bersatulah kembali didlm umno

  4. Tun Teja Liza

    Memang benar lah Tun Mahathir diperkudakan….oleh dapigs sedeyyy

  5. Tuk Abah Kokotiam

    Selagi hidup tak henti gelabah.kesian…

  6. M B Ab Rahim

    Hehee…good!…more complicated la bro….strategi biasa,”politics is about numbers and leverage” dan ahli politik yang ikhlas akan bebas dan bermotivasi kebaikan SEMUA rakyat….hakikatnya…1. strategi DAP (matlamat kesamarataan): dapatkan 10% undi dari pengaruh Tun, dan mengumpan Tun (a) “save Malaysia-1 MDB” (b) kasi kerusi 52 (sungguh pun hanya perlu 10%)..(c) Janji jawatan PM…2. “Leverage” DAP pada PKR dan Amanah pula..(a) Anwar lepas..(b) wang kita kasi- jangan takut- PKR umpama isteri tua, Amanah mistress…3. Justeru, hanya DAP yang berkuasa dalam PH (jumlah kerusi, kuasa ugut dan sponsorship)…4. DAP juga dapat (melalui Tun) menbendung UMNO (wang ratusan juta bantut, dan kes kes)…5. Pecahan PKR, tidak akan membantu (numbers still short for PPBM)…persoalannya (sudut strategi)…(a) “my hands are tied” tidak dapat bantu melayu, adakah ini satu rayuan? Agar the big boys UMNO dan PAS masuk membantu?…(b) apakah motivasi sebenar Tun, untuk kembali dalam politik, hinggakan memakan umpan DAP? adakah ini juga calun PM selepas Azmin, dengan bantuan UMNO dan PAS? Apakah UMNO dan PAS dapat jika ia?..Adakah Anwar juga “proxy PM” DAP dan yang sama berlaku?..atau adalagi jalan lain..panjang sangat da ni..hehee. Thanks.(last komen saya, membazir masa jer..goodbye…heheeehe)

  7. Nasir Salleh

    Apa macam penyokong PH…sendiri fikir la

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.