30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Pelancong China Didakwa Curi Jam Tangan Mewah Di Star Hill Gallery

Gambar hiasan

Seorang pelancong warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis atas pertuduhan mencuri jam tangan mewah bernilai RM114,000 dari sebuah kedai di Jalan Bukit Bintang, dua minggu lepas.

Deng Xiaboa, 40, didakwa melakukan perbuatan itu bersama dua lagi rakan yang masih bebas di The Hour Glass Sdn Bhd, Star Hill Gallery pada 12.30 tengah hari, 8 Mac lepas, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam V Samynathan, mengaku tidak bersalah.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan menetapkan 2 Mei untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne menawarkan jaminan sebanyak RM120,000 dengan dua penjamin warga Malaysia, namun Samynathan memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu kepada RM5,000 kerana tertuduh mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan