32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Pelancong China jatuh 35% dibawah rejim Mahathir: 1.73 juta rakyat bergantung kepada industri pelancongan terkesan

Antara permainan politik terbesar sebelum PRU14 terhadap saya ialah isu hubungan dan pelaburan China dengan Malaysia semasa saya menjadi Perdana Menteri.

Permainan dan kritikan ini diteruskan selepas PRU14 dan ini akan memberi impak negatif yang besar terhadap ekonomi kita.

Media hari ini melaporkan bahawa jumlah pelancong dari China ke Malaysia jatuh sebanyak 35 peratus baru-baru ini – iaitu pertama kali di dalam sejarah ini telah berlaku.

Sebelum ini, jumlah pelancong dari China semakin naik setiap tahun. Negara China merupakan sumber pelancong antara terbesar untuk Malaysia.

Malangnya, jumlah ini telah turun dengan banyak sehingga ada penjual durian Musang King dilaporkan sedang mengalami kerugian.

Bukan durian dan pelancong sahaja. harga dan jumlah eksport minyak sawit pun telah jatuh teruk selepas PRU14..Hubungan diplomatik yang baik adalah sangat mustahak.

Sektor pelancongan negara ialah antara sektor terbesar di Malaysia dan merupakan 13.7 peratus (RM168 bilion) dari seluruh ekonomi Malaysia pada tahun 2016.

Sebanyak 1.73 juta pekerjaan di Malaysia disumbang secara terus atau tidak terus oleh sektor ini.

Saya harap situasi kejatuhan teruk jumlah pelancong dari China ini dapat diperbetulkan secepat mungkin kerana berjuta rakyat begantung kepada sektor ini untuk sumber pendapatan mereka.

Najib Razak

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/09/china-tourist-arrivals-plunge-during-peak-period/

…………….
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/ekonomi
https://pakdin.my/tag/bursa-malaysia

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

..