26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Pelantikan Khusrin ikut lunas perundangan bukan berdasar input politik: KSN

Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan bahawa pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang dan bukannya berdasarkan input politik.

Beliau berkata, pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 serta terdapat elemen konsultasi dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud.

“Dalam proses pelantikan ini saya tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Perdana Menteri.

“Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan petang Selasa.

Bernama melaporkan beliau juga menjelaskan bahawa proses konsultasi turut dilaksanakan dalam proses pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi negeri-negeri lain yang berkaitan sama ada negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) ataupun yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional termasuk pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam kenyataan itu, Mohd Sidek menghuraikan dengan panjang lebar proses pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh beliau.

Katanya lembaga itu merupakan suatu kuasa yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan merupakan ‘Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan’ menurut Perkara LII (1) Perlembagaan Negeri Selangor.

Menurutnya, berdasarkan Perkara LII Perlembagaan Negeri Selangor, perkataan ‘Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan adalah merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan yang membuat pelantikan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah daripada pegawai-pegawai awam Persekutuan daripada Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Suruhanjaya Pelantikan mereka adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana Perkhidmatan PTD itu adalah terjatuh mengikut perkara 132(2)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘perkhidmatan awam am persekutuan’. Perkara ini dinyatakan dalam Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Justeru, katanya dakwaan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dari segi undang-undang.

Penjelasan Mohd Sidek itu adalah ekoran tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempertikaikan pelantikan Mohd Khusrin bagi jawatan itu.

Mohd Sidek turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu perkenan Baginda dalam pelantikan Mohd Khusrin bukanlah sesuatu keperluan undang-undang tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman.

“Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh ‘Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan’ atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010],” kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri Selangor tidak menyatakan keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat dan ia tidak menjejaskan pelantikan tersebut.

Namun begitu mengikut amalan, katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah mengemukakan cadangan nama-nama berkenaan kepada kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu sebagai budi bahasa.

Katanya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu melalui surat bertarikh 23 November 2010 bahawa Ketua Setiausaha Negara dan JPA telah mengenal pasti dan memperakukan tiga orang calon untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru termasuk Mohd Khusrin berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.

Ketiga-tiga calon itu diyakini akan dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan berkesan dan berwibawa serta berintegriti sekiranya dipilih untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, surat bertarikh 23 Nov 2010 juga seterusnya memohon supaya nama tiga orang calon itu dirujuk untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.

Mohd Sidek berkata seterusnya JPA melalui surat bertarikh 3 Dis 2010 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu sekali lagi memperakukan tiga orang calon yang sama untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, surat tersebut juga memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebaga amalan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu melalui surat bertarikh 13 Dis 2010 kepada JPA telah memaklumkan bahawa nama tiga orang calon itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan Datuk Mohd Khusrin telah diperkenankan oleh Baginda. – 5/1/2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...