30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Pelatih Anjing Ditahan Isu Video Hina Islam

Ramakan menunjukkan Chetz menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.
Ramakan menunjukkan Chetz menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.

Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.


Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.

Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.


Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.


Video itu juga menyiarkan kata-kata: “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu).”

Video itu turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga” dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan