Pelawak Terkenal, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia – Innalillahi Wainna Lillahi Rojiun - pakdin.my

harun-salim-bachik-meninggal--

Kemaskini

Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.

Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi sebentar tadi.

“Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

“Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

“Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.


Menurut sumber yang juga merupakan rakan niaga selebriti ini, Harun Salim Bachik baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi setelah rebah di kawasan rehat dan rawat PLUS Bukit Merah.

Berita itu khabarnya disampaikan sendiri oleh rakan baik beliau, Afdlin Shauki.

UTAMAPOLITIKPelawak Terkenal, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia - Innalillahi Wainna Lillahi Rojiun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium