Pelbagai Pendapat Larangan Merokok Waktu Bekerja – Tinjauan - pakdin.my

Terdapat pelbagai pendapat berhubung larangan merokok semasa waktu bekerja, dengan 54 peratus responden bersetuju manakala yang lain membantah, demikian hasil tinjauan dijalankan JobSreet.com baru-baru ini.

Tinjauan dijalankan terhadap 504 kakitangan sumber manusia bulan lepas.

JobStreet dalam kenyataan di sini hari ini berkata 72 peratus daripada 54 peratus yang bersetuju larangan penuh merokok semasa waktu bekerja berpendapat kesihatan pekerja yang tidak merokok harus dilindungi.

Sementara 68 peratus daripada kumpulan itu berpendapat mengganggu kakitangan lain setiap kali mereka pergi merokok, manakala 45 peratus berkata pekerja yang merokok adalah kurang produktif kerana berhenti untuk merokok.

Manakala, 57 peratus daripada 46 peratus yang tidak bersetuju dengan larangan merokok berpendapat adalah tidak adil untuk mengharamkan merokok kerana ‘ia adalah sebahagian daripada gaya hidup seseorang.’

UTAMABERITAPelbagai Pendapat Larangan Merokok Waktu Bekerja - Tinjauan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium