Pemain diharamkan meludah, lakukan hubungan seks - pakdin.my

LONDON: Bola sepak akan mengalami perubahan besar selepas kembali daripada penangguhan susulan pandemik COVID-19.

Beberapa perubahan kecemasan bakal dilaksanakan sebagai usaha membendung penularan pandemik itu.

Antaranya larangan mengadakan hubungan seks sekiranya pemain ataupun pasangan mereka menunjukkan simptom coronavirus seperti yang ditetapkan kepada pemain Bundesliga.

Mereka juga perlu tiba di pusat latihan menaiki bas yang berbeza selain perlu menggunakan siku untuk menekan butang lif.

Kad kuning juga akan dilayangkan kepada pemain yang meludah di atas padang dan hukuman itu akan dikenakan atas risiko menyebarkan COVID-19.

Perubahan ‘sementara’ juga membabitkan pertukaran pemain daripada tiga kepada lima pemain bagi mengelak pemain keletihan dan kecederaan selepas bakal berdepan jadual yang begitu padat.

Selain itu, bola dan padang akan disanitasi serta pemain juga tidak digalakkan untuk bersentuhan dalam situasi sepakan sudut.

Latihan juga perlu dilangsungkan dalam skala kecil dan hanya lima pemain dalam satu kumpulan.

Perancangan untuk aksi berlangsung di venue neutral turut dicadangkan di mana sebelum ini laporan menyatakan berkemungkinan empat perlawanan dalam sehari akan berlangsung di Stadium Wembley. -Agensi

UTAMAGAYA HIDUPPemain diharamkan meludah, lakukan hubungan seks

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium