Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Malaysia

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Global

All countries
228,935,812
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
All countries
203,801,365
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
All countries
4,700,044
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Pemakaian Tudung Semakin Komersial Dan Glamor

tudung-fesyen

Lilitan dan simpulan, lapisan demi lapisan dengan kontras warna serta corak menarik pada sehelai fabrik yang dijadikan selendang semakin meluas pengaruhnya.

Tidak cukup itu, ditambah pula dengan pelbagai bentuk hiasan aksesori dan kerongsang yang diletak di kepala menjadikan nilai pemakaian tudung semakin komersial dan glamor.

Bagi peminat fesyen, perkembangan dan inovasi tudung hari ini memberi mereka lebih pilihan dan tidak membataskan mereka untuk bergaya sekaligus menutup aurat.

Malah kepelbagaian gaya bertudung juga membuatkan para peniaga tudung dan selendang tersenyum lebar apabila kocek juga semakin kembung.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis tudung daripada serendah-rendah RM5.00 hinggalah kepada tudung eksklusif yang nilainya menjangkau ratusan ringgit. Agak menghairankan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, pengguna masih sanggup membeli pada harga berkenaan.

Bagi pengasas dan pereka butik tudung online Jelita Sara, Erven Sarasendy Abd Hadi pihaknya memberi pilihan kepada pengguna memilih dan memiliki tudung yang dijual mengikut kemampuan mereka.

Daripada berniaga secara atas talian (online), Jelita Sara kini memiliki sebuah butik di Melaka dan membuka satu lagi cawangan di Bangi. Menurut Erven, sambutan yang diterima daripada pembeli online adalah lebih menggalakkan.

Pihaknya menerima 60 peratus pembelian online berbanding 40 peratus pembelian di butik. Malahan mereka turut menerima tempahan daripada pembeli di luar negara.

TREN TERKINI

Mahal atau murah menurut Erven, tudung menjadi satu tren yang sangat digemari. Harga bukanlah perkara utama asalkan ia selesa, cantik dan nampak berpersonaliti.

“Di sini, harga tudung yang dijual sama ada selendang atau tudung sarung adalah pada harga RM29.00 hinggalah ke rekaan eksklusif yang berharga RM159.00. Terpulang kepada individu jika mereka mampu membayar pada harga berkenaan”, jelasnya.

Tren pilihan terkini yang mendapat sambutan menggalakkan adalah tren berselendang. Menurut Erven, selendang bukan sahaja menjadi pilihan remaja dan wanita muda, malah semakin mendapat perhatian dalam kalangan wanita dewasa berusia lebih 40-an.

Bezanya, pemilihan warna yang lebih natural seperti warna tanah sesuai digayakan mereka.

“Wanita hari ini ramai yang bekerjaya, jadi tidak salah jika mereka ingin sentiasa nampak ‘up to date’ dan cantik. Mereka turut mempunyai kuasa beli yang tinggi. Sebagai peniaga, memang boleh nampak kaum wanita memiliki kuasa beli yang lebih besar daripada lelaki”.

Beliau turut menjelaskan harga tudung-tudung yang berada di pasaran adalah berdasarkan kualiti dan jenis fabrik yang digunakan. Ada yang mencecah harga yang mahal kerana rekaannya yang eksklusif dan berkualiti.

Berpendapat akan mengekalkan harga mampu milik buat pembeli, pihaknya kini sibuk memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat sehingga 40 peratus sebelum Ramadan bermula dan dijangka akan terus bertambah menjelang akhir Ramadan.

DULU LEBIH SENANG MENJUAL

Pemilik butik dan kedai tudung SA Ellegance di Ampang Park, Anuar Omar, 30, pula berpendapat sejak memulakan perniagaan di kompleks itu tujuh tahun lepas beliau dapat melihat turun naik jumlah pembeli yang datang berbelanja di kedainya.

Dahulu hendak menjual lebih senang berbanding sekarang apabila harga barang semuanya naik.

“Kita boleh nampak pembeli sudah mula berjimat cermat. Dulu kalau sekali datang mereka akan beli dua hingga tiga helai tudung, sekarang dapat jual sehelai pun sudah bagus.

“Tapi ada juga pelanggan yang kita lihat tidak berasa terjejas dalam berbelanja walaupun harga barang semakin naik”, ceritanya.

Menurut Anuar, peniaga tudung sama ada tudung yang mampu milik atau yang lebih eksklusif terpaksa menaikkan harga barangan mereka kerana keadaan ekonomi yang terjejas. Mereka perlu membayar upah penjahit dan peralatan menjahit yang turut meningkat.

Menyasarkan pelanggan daripada golongan sederhana ke atas, SA Ellegance menawarkan harga tudung dan aksesorinya bermula RM10.00 hingga RM350.00.

“Sebenarnya terpulang kepada pembeli. Ada orang membeli untuk keperluan. Ada juga untuk kepuasan dan kehendak, ada pula yang tidak kisah pada harga asalkan cantik di mata mereka”, ulas Anuar tentang pembeli yang sering berkunjung ke kedainya.

Beliau juga tidak bimbang dengan kemunculan pelbagai jenama butik tudung yang eksklusif dan mahal kerana percaya rezeki sentiasa ada buat orang berniaga.

KREATIVITI PEMAKAI

Sama ada memiliki butik di pasaraya atau berniaga secara terus dari rumah, di pihak peniaga masing-masing mempunyai alasan tersendiri kenapa harga tudung dan selendang begitu mahal.

Ada yang menggunakan fabrik terbaik dan mahal, ada juga yang meletakkan jahitan manik dan batu-batuan seperti Swarozki di tudung rekaan mereka malah ada juga yang berjaya menjadikan tudung mereka sebagai jenama popular sehingga berjaya dipatenkan.

Kepada peniaga-peniaga tudung terutamanya, kemeriahan sambutan menjelang Syawal amat-amat dirasai kesibukannya.

Seronok sungguh melihat gelagat kaum wanita membeli dan mencari tudung yang bersesuaian tema.

Apatah lagi dengan kepelbagaian jenis bahan yang disediakan buat wanita berhijab. Untungnya bagi mereka yang berniaga kain tudung hari ini ialah perbezaan dan kehendak pembeli yang semakin tinggi citarasanya.

Beberapa pilihan popular seperti tudung sarung berlapik keras atau ‘tudung awning’, pelbagai jenis selendang, tudung bawal, tudung Syria, turban dan pelbagai jenis lagi dengan nama yang pelbagai.

Selain kreativiti pereka, pemakai tudung juga semakin kreatif mempelbagaikan gaya mereka.

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Pepatah Melayu ada menyebut “ukur baju di badan sendiri” amatlah bertepatan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Pilihan terbaik adalah berbelanja secara bijak dan berbelanja mengikut kemampuan diri.

Di satu pihak, peniaga adalah kelompok atau kumpulan individu hebat yang bijak mencari ruang untuk menambah pendapatan dan memajukan diri. Mereka berhak menentukan harga barangan yang dijual bagi mendapatkan keuntungan.

“Penggunalah yang harus bijak membuat pilihan,” demikian pendapat guru Norfadilah Abdullah, 37, yang lebih gemar membeli di kedai kerana mudah dicuba.

Bagi Norfadilah, mencuba sendiri di kedai adalah lebih mudah kerana tidak semua orang boleh memakai semua jenis tudung.

“Saya kurang gemar membeli secara online. Antara sebabnya ialah warna tudung yang diterima kadang-kadang tidak sama dengan asal disebabkan pencahayaan daripada kamera. Dalam online nampak cantik tapi bila sampai warna tak sama dan pembeli akan kecewa”, ulasnya.

Beliau yang menetap di Nibong Tebal lebih gemar berkunjung ke Pasar Kemboja dan Parit Buntar yang berdekatan dengan rumahnya.

“Di sana terdapat banyak kedai yang menawarkan pelbagi pilihan selendang daripada harga yang murah hinggalah yang mahal. Jadi kenapa berbelanja lebih?” soal beliau.

Antara cara guru ini berjimat ialah dengan membawa bersama pakaian yang ingin dipadankan dengan tudung yang mahu dibeli. Selain membeli tudung pelbagai warna yang boleh disesuaikan dengan pakaian yang lain.

Bagi Norfatua Ismail, 37, beliau lebih gemar dan sanggup beramai-ramai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India kerana pilihan yang pelbagai.

“Asalkan bila dililit cantik, tudung yang murah pun akan kelihatan menarik. Boleh kata di sini memang tempat paling meriah semua jenis tudung yang diingini ada dijual di sini”.

Walaupun penat tetapi beliau sanggup kerana teruja dengan kemeriahan kawasan tersebut.

“Tudung adalah perkara yang paling seronok untuk dibeli. Tak perlu dipadankan dengan baju pun. Sesekali dah sampai ke sini saya akan beli beberapa helai yang saya lihat cantik. Sama ada selendang ataupun tudung bawal, coraknya menarik apatah lagi sekarang ia boleh dililit dengan pelbagai gaya dan tidak kelihatan pelik lagi”, tambahnya.

Berpendapat inovasi gaya bertudung hari ini boleh membantu pembeli berjimat. Misalnya sehelai tudung bawal empat segi juga boleh digayakan seperti selendang yang dililit.

“Kadang-kadang kerana tudung yang sama tetapi gaya yang dipelbagaikan, kawan-kawan ingat tudung baharu”, ulasnya.

Bagaimanapun, petugas di sebuah bank ini meletakkan bajet dalam pembelian tudungnya antara RM100-RM150 sebulan.

Norfatua turut menyarankan peniaga supaya tidak mengaut keuntungan sehingga melebihi 30 peratus daripada harga kos mereka. Tidak gemar membeli secara online, beliau berpendapat tudung yang murah jika dipakai menepati kehendak syariat nilainya adalah lebih mahal.

BELI TUDUNG ONLINE

Bagi Azni Zahari, 32, kesukaran mendapatkan tudung yang berkenan di hati dari kedai berdekatan tempat tinggalnya di Taiping menyebabkan beliau lebih gemar membelinya secara dalam talian.

“Pilihan pun banyak, jimat masa dan tenaga. Kadangkala berhimpit-himpit di celah-celah pembeli yang lain pun boleh memenatkan. Dengan adanya pilihan tudung secara online, saya juga boleh ‘shopping’ bila-bila masa sahaja dalam keadaan yang tenang. Malahan dapat mengawal jumlah wang yang dibelanjakan”, jelasnya.

Memilih tudung bawal dan tudung sarung berlapik keras (awning) untuk sambutan hari raya tahun ini, Azni berkata ia lebih mudah dan selesa digayakan terutamanya jika sedang sibuk melayan tetamu yang ramai.

Berkaitan