Pemandu Bas Maut, Penunggang Motosikal Parah Di Lebuh Raya Maju Ekpress Way #pakdin.my

Che Mohamad Rezuan Che Aman
Che Mohamad Rezuan Che Aman

Seorang pemandu bas maut dalam kemalangan membabitkan dua bas ekspress dan sebuah motosikal di Bukit Jalil.

Nahas turut menyebabkan penunggang motosikal parah setelah diseret bas sejauh beberapa meter.

Kemalangan ngeri ini berlaku jam 6-15 minit pagi tadi di lebuh raya Maju Ekpress Way berhampiran susur ke Bukit Jalil.

Siasatan awal polis mendapati, sebuah bas ekpress LCCT dari arah Kuala Lumpur, terbabas ke arah tembok pembahagi lebuh raya lalu merempuh tiang lampu.

Pemandu bas Shanmuganathan Vengdusamy Naidu, 38 tahun yang tercampak ke laluan bertentangan mati di tempat kejadian.

Pada masa sama, sebuah bas dan motosikal cuba mengelak tiang lampu yang tumbang tetapi terbabas.

Penunggang motosikal Che Mohamad Rezuan Che Aman, 24 tahun yang patah tulang peha akibat diseret bas.

Sebaik dikeluarkan, pemandu bas berkenaan meluru mendapatkan mangsa dan memohon maaf.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan .

Manakala mayat pemandu bas dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Berkaitan