Pemandu di plaza tol mahu tambah nilai kena bebel, ’beli nasi goreng ke?’ 

Gelagat sesetengah pemandu mahu menambah nilai kad Touch N Go menyusahkan pengguna jalan raya. 

Selalu kita lihat pelbagai kerenah di plaza tol. Ada yang lupa bawa kad “Touch N Go”, ada “Smart Tag” tidak dapat dibaca dan bermacam-macam hal lagi.

Tapi kali ini, ada kejadian agak melucukan berlaku apabila seorang wanita tiba-tiba keluar dari kereta — hilang entah ke mana — ketika gilirannya menyentuh kad.

Dimuat naik True Ajrul baru-baru ini, hantaran yang dikongsi lebih 26,000 pengguna Twitter menjadi kelakar apabila perakam, dipercayai membawa lori di belakang kereta wanita berkenaan membebel terhadap wanita tersebut.

“Bukan nak pergi awal-awal ‘topup’. Cubalah jangan jadi orang yang menyusahkan orang. Cakap nanti marah, cakapkan nanti kata pemandu lori kurang ajar,” katanya dalam klip video. 

“Tapi dia ni pun bengonglah, menyusahkan orang. Janganlah jadi macam ini menyusahkan orang. Eh mak cik ni pergi mana? Beli nasi goreng sekali ke? Sudah, hilang dah mak cik ini, jangan-jangan pesan nasi goreng tak?”

Walau pendek, klip dua minit dua puluh saat memberi impak kepada warga maya mengenai penggunaan tol.

Melalui hantaran sama, pemilik akaun juga berkongsi cara penggunaan tol yang betul bagi mengelak kenderaan lain beratur lama hingga mengganggu pengguna lain, selain ia juga antara punca kesesakan.

Rata-rata warga maya turut memuji individu berkenaan berikutan “sikap penyabar” beliau yang tidak menggunakan kata-kata kesat, bahkan “kelakar”. Namun, ada yang mempertahan wanita berkenaan, malah mereka mendakwa kadang-kala kita tidak perasaan baki nilai kad.

Mr Ragaman: Comel abang ni membebel.. kira tahap baik la ni compared to me (berbanding saya)… 

Mat Nijaa:  Respek (hormat) abang ni walaupun marah tak ada keluar pun ayat carut maki hamun siap melawak lagi  

Natasya Rosman: Ini dekat exit Setia Alam ke bang? Adoi kita selalu juga la beratur belakang orang menyusahkan orang macam ni. Adoi kita ada kecemasan nak pi toilet (tandas), dapat pula beratur nak kena cari top up (tambah nilai) menyusahkan orang betul la

Asri Syahrol: Bukan salah Touch N Go 100 peratus. Muhasabah diri dulu. Punyalah bersepah KK Mart (24 jam), ATM (CIMB, MBB), hypermarket(Tesco, Mydin dll) boleh topup (tambah nilai) Touch n Go. Last2 (Akhirnya) lorong tol yang jadi punca? Betul brader ni cakap, janganlah jadi orang yang nyusohkan orang lain.

LIHAT video
https://youtu.be/460hKr9-Gsw

Loading...