25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 28, 2021

Pemandu Diarah Kaji Langkah Bantu Golongan Berpendapatan Bawah RM3,000

 Kerajaan mengarahkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji langkah membantu golongan berpendapatan di bawah paras RM3,000 untuk berdepan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan itu diambil pada perbincangan Kabinet baru-baru ini, yang berpendapat satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membantu golongan tersebut.

“Sehingga kini Pemandu sedang memperincikan kajian ini untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus yang ditubuhkan bagi tujuan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta penyampaian bantuan sempena Aidilfitri, Ahad.

Beliau berkata makmal itu akan mengemukakan rumusan kajian dalam tempoh dua minggu, dan diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebelum diperincikan semula untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2012.

Katanya, apa yang penting, inisiatif itu akan mencapai matlamat membantu golongan sasar mengurangkan beban mereka, dan kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana Kabinet mendapati rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 menerima kesan besar ekoran kenaikan harga barang.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.