Monday - July 26, 2021 @ 02:57
BERITAPemandu Lotus Parah, Kereta Hancur

Pemandu Lotus Parah, Kereta Hancur

kemalangan-lotus-di-pagoh-1 kemalangan-lotus-di-pagoh-2

MUAR: Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki Singapura terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Singapura menuju ke utara apabila terbabas ke kanan dan melanggar bukit di tepi lebuh raya.

Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here